KSN Pengerusikan Mesyuarat Bincang Isu Saman Ekor - TPM

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan yang telah diambil pihak berkuasa berhubung saman ekor terhadap pesalah trafik tidak bercanggah dengan undang-undang.

Bagaimanapun, kata beliau, kerajaan menerima banyak maklum balas berhubung perkara itu termasuk rungutan daripada orang ramai yang menganggap ia sesuatu yang membebankan.

Beliau berkata rungutan yang diterima termasuk masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan ada juga yang disaman berkali-kali dengan jumlah kompaun agak besar sehingga membebankan mereka yang tidak berkemampuan.

Sehubungan itu, jelas beliau isu saman ekor dibincangkan hari ini pada mesyuarat jawatankuasa khas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

"Jawatankuasa membincangkan maklum balas yang diterima. Kita nak lihat apakah ianya betul-betul membebankan rakyat atau ada cara tertentu yang boleh kita fikirkan. Tapi dari segi undang-undang, ia tidak berbangkit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pelan Strategik Biodiversiti-Bioteknologi Pahang di sini, Isnin.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Menteri Sains Tekonologi dan Inovasi Fadillah Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Informasi, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Banyak pihak sebelum ini membantah pelaksanaan saman ekor dan meminta kajian semula dijalankan terhadap keputusan kerajaan untuk tidak mengurangkan kadar kompaun saman yang dikenakan terhadap pesalah trafik.

Pada 9 Julai lalu, Ketua Trafik Persekutuan Datuk Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya tidak merancang untuk mengkaji semula saman ekor berikutan rungutan orang ramai yang mendakwa tidak menerima notis saman. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan