Kementerian Pelajaran Sedia Kerjasama Dalam Operasi Lalu Lintas

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANAH MERAH: Kementerian Pelajaran sedia bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melancarkan operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata langkah itu adalah untuk kebaikan pelajar, yang rata-rata kini dilihat semakin berani mengabaikan peraturan lalu lintas.

Beliau berkata pihaknya tidak ada masalah untuk mengadakan kerjasama besar-besaran, kerana apa yang penting adalah supaya pelajar-pelajar ini sedar tentang apa yang mereka lakukan.

"Pelajar perlu sedar mereka bukan sahaja melanggar undang-undang jalan raya tetapi juga membahayakan keselamatan mereka apabila tidak memakai topi keledar dan menunggang motosikal tanpa lesen," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Pejabat Pelajaran Daerah Tanah Merah di sini, Isnin.

Dua hari lalu JKJR dilaporkan akan melancarkan satu operasi besar-besaran bagi mengesan pelajar sekolah yang tidak mematuhi peraturan jalan raya, di mana Ketua Pengarahnya Datuk Suret Singh dilaporkan berkata operasi selama enam bulan itu akan dilakukan di semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama polis dan JPJ.

Mengulas isu itu lagi, Dr Mohd Puad berkata beliau akan mengarahkan semua sekolah rendah dan menengah mengadakan kempen keselamatan jalan raya di peringkat sekolah masing-masing.

"Sekolah perlu buat kempen untuk menyedarkan mereka agar mematuhi peraturan kerana jika tidak, ia memberi kesan buruk kepada pelajar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan