Inisiatif Bandar Selamat Akan Diperluas Ke Bandar-bandar Utama

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Inisiatif Bandar Selamat seperti M-SAFE Putrajaya akan diperluaskan ke bandar-bandar utama dalam usaha mengurangkan kadar jenayah dan mewujudkan persekitaran yang selamat di negara ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata sebuah laporan khas akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri berhubung inisiatif tersebut.

Katanya rundingan akan diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dari segi pelaksanaan rancangan itu yang sebelum ini telah dilaksanakan di Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

"Antara bandar yang menjadi sasaran pelaksanaan inisiatif tersebut ialah Johor Baharu, George Town dan Melaka," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'M-SAFE Putrajaya - Ke Arah Bandar Lebih Selamat' di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, Isnin.

Rais berkata sebanyak RM344 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan inisiatif itu di seluruh negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Samsudin Osman.

Rais berkata melalui program M-SAFE Putrajaya, sebanyak 176 kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sekitar bandar pusat pentadbiran negara itu yang disambungkan dengan Sistem Perkhidmatan Panggilan Kecemasan (MERS) 999.

Katanya kos melaksanakan inisiatif di Putrajaya itu berjumlah RM2.2 juta.

Sementara itu, Hishammuddin berkata program itu akan memudahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam memberi respons kepada panggilan kecemasan dengan lebih pantas.

Katanya pelaksanaan program M-SAFE Putrajaya juga akan membuka jalan ke arah mencapai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu keselamatan awam. Beliau berkata jumlah CCTV di Putrajaya dijangka akan ditambah selepas mengadakan rundingan dengan pihak Perbadanan Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan