Industri Fesyen Busana Muslim Kian Pesat

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Fesyen busana Muslim kian pesat berkembang menjadi perniagaan menguntungkan dengan pasaran semasa kini dianggarkan bernilai lebih US$96 bilion (RM302 bilion) setahun, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

Rosmah, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berkata fesyen berkonsepkan Islamik merupakan pasaran besar yang belum diterokai sepenuhnya.

"Penduduk Islam dunia terdiri daripada satu pasaran pengguna yang berkembang pesat di dunia, dengan demikian mewakili satu peluang pertumbuhan utama bagi perniagaan sejagat termasuk industri fesyen," kata Rosmah pada pembukaan Festival Fesyen Islam (IFF)dan jamuan malam di Monaco Sporting Club di Monte Carlo, Isnin malam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini. IFF diinspirasikan oleh rakyat Malaysia.

Turut menghadiri majlis itu adalah Putera Albert II dari Monaco, Perdana Menteri Qatar Sheikh Hamad Bin Jassim Bin Jabr Al-Thani, Najib dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Rosmah berkata kajian yang dijalankan oleh French Fashion University Esmod di Dubai mendapati lebih separuh daripada 1.6 bilion populasi Islam di seluruh dunia membelanjakan satu jumlah besar pendapatan tahunan untuk fesyen dan aksesori.

"Minat terhadap fesyen busana Muslim mutakhir ini memberikan isyarat perubahan dinamik dalam interaksi segar antara kebudayaan Timur dan Barat.

"Hari ini, wanita Muslim boleh membuat pilihan daripada mana-mana rekaan yang terbentang luas untuk mencipta satu penampilan yang bersesuaian dengan nilai, tradisi dan citarasa, tanpa kompromi terhadap mana-mana tiga perkara itu," kata Rosmah.

Sebegitu, kata beliau para pencipta fesyen "akan dapat terlebih dahulu merancang supaya tidak ketinggalan untuk terbabit dalam segmen perniagaan fesyen yang menguntungkan."

Rosmah berkata peruncit pakaian utama kini sibuk menonjolkan bagaimana jenama utama seperti Anne Klein dan Ralph Lauren mengeluarkan garapan fesyen yang memenuhi kehendak Islam sepenuhnya.

"Dalam nada yang sama, adalah amat menarik untuk melihat bahawa meskipun wujud perdebatan hangat mengenai hijab di Perancis, negara, yang merupakan pusat utama fesyen di dunia kekal menjadi satu daripada pengeksport utama busana Muslim abaya dan niqab.

"Ternyata, walaupun wujud politik, mereka yang terlibat dalam perniagaan fesyen kini semakin menyedari perkembangan permintaan terhadap busana Muslim di seluruh dunia," katanya.

Rosmah berharap Monaco boleh muncul menjadi satu daripada pintu masuk ke pasaran Eropah bagi fesyen Islamik yang direka dari Malaysia dan negara Asia yang lain.

Mengenai IFF, beliau berkata misi utama adalah untuk menggunakan fesyen sebagai satu landasan yang menemukan para pereka cipta dan peminat fesyen daripada pelbagai latar belakang kebudayaan, agama dan kaum untuk menjadikan busana Muslim ke dalam arus perdana gaya dan fesyen.

Sejak diadakan pada 2006, IFF telah mengembangkan sayapnya ke Jakarta, Dubai, Abu Dhabi dan New York, mempamerkan rekaan daripada lebih 200 pereka fesyen, dan telah memperagakan pelbagai pilihan gaya dan penampilan bagi pakaian Islam, yang menonjolkan kelainan berbanding gambaran pakaian stereotaip sebelum ini.

"Festival Fesyen Islam ini sebenarnya bertujuan memberi noktah kepada kelaziman bahawa wanita Islam tidak mempunyai citarasa gaya.

"Sebaliknya, pakaian berkonsepkan Islamik mempunyai gaya yang tersendiri, dan hari ini ia mulai menarik semakin lebih banyak perhatian, kerana trend arus perdana semakin menjadi tidak senonoh, mengghairahkan dan provokatif, tidak menarik kepada lebih ramai pengguna konservatif," kata Rosmah.

Hakikatnya, bagi memperkukuhkan fesyen busana Muslim menerusi koleksi anggun mengagumkan, fesyen berkonsepkan Islamik kini dianggap memberi nafas segar dalam kebudayaan sejagat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan