Ancaman Siber Meningkat 21.31 Peratus Suku Kedua 2010

Diterbitkan: Isnin, 9 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Insiden ancaman siber di Malaysia meningkat 21.31 peratus dalam suku kedua tahun ini berbanding suku pertama, menurut pusat pakar keselamatan siber nasional CyberSecurity Malaysia. CyberSecurity Malaysia berkata pasukan Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) menerusi perkhidmatan Cyber999 menangani sejumlah 1,662 insiden dalam tempoh antara April dan Jun lepas.

"Peningkatan ini menunjukkan bahawa lebih ramai pengguna internet kini melaporkan banyak insiden kepada CyberSecurity Malaysia. Bagaimanapun tiada insiden serius dilaporkan kepada kami dan kami tidak nampak sebarang krisis besar dalam perkara ini," menurut MyCERT dalam laporan suku kedua 2010.

Sementara itu Ketua Pegawai Operasi CyberSecurity Malaysia Zahri Yunos berkata secara purata kira-kira 700 insiden ancaman siber dilaporkan setiap bulan, dengan antara serangan yang biasa dilaporkan membabitkan kerosakan laman web, penipuan online, kecurian identiti, dan serangan virus.

"Jumlah mereka yang ditangkap pula amat kecil," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran Majlis Dialog Pengurusan Keselamatan Perlindungan Sasaran Penting Dan Bengkel Kesedaran Pelaksanaan MS ISO/IEC 27001:2007 Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) Peringkat Zon Sarawak di sini Isnin. Pengarah Unit Keselamatan Negeri Datuk Dr Yusoff Nook yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Sarawak Datuk Morshidi Abdul Ghani melancarkan majlis dialog itu, yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Datuk Johari Jamaluddin.

Dalam ucapannya pada majlis itu Morshidi berkata nilai bersih Sasaran Penting Prasarana Maklumat Kritikal Negara (CNII) sehingga 11 Mei lepas dianggar bernilai RM200 bilion dan jumlah kemusnahannya boleh menjangkau 10 kali lebih besar daripada nilai bersihnya kepada negara.

"Kesemua sektor Sasaran Penting ini adalah saling bergantung di antara satu sama lain dan jika disabotaj, ia akan menyebabkan kemusnahan berantai kepada ekonomi, pertahanan, keselamatan, fungsi-fungsi kerajaan dan imej negara serta memberi impak besar secara langsung kepada pembangunan negara," katanya.

Morshidi berkata nilai CNII di Sarawak ialah 15 peratus daripada nilai nasional.

Bengkel dan dialog sehari anjuran Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, yang terletak di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelaksanaan persijilan ISMS kepada pertubuhan-pertubuhan yang dikenal pasti sebagai CNII.

Antara yang dikenal pasti sebagai CNII ialah yang terbabit dalam bidang keselamatan dan pertahanan nasional; sektor pengangkutan; perbankan dan kewangan; perkhidmatan kesihatan; perkhidmatan kecemasan; utiliti; maklumat dan komunikasi; perkhidmatan awam; keselamatan makanan; pertanian; dan air. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan