SPRM Bakal Guna Falsafah ‘Sun Tzu’ Perangi Rasuah

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menggunakan falsafah strategi ketenteraan terkenal China, Sun Tzu sebagai salah satu pendekatan bagi memerangi rasuah di negara ini.

Pengarah Akademi Badan Pencegah Rasuah Malaysia (MACA), Datuk Samarajoo Manikam berkata, pengenalan itu bertujuan meningkatkan kecekapan pencegahan rasuah.

“Strategi peperangan itu tidak mustahil digunapakai dalam strategi penyiasatan berikutan mereka yang terlibat dalam kes rasuah kini semakin hebat dan licik.

"Saya percaya falsafah ini bersesuaian dengan aktiviti SPRM dalam melakukan penyiasatan, perisikan termasuk pendakwaan,” katanya kepada Mingguan mStar.

Beliau mengulas mengenai MACA akan melakukan perubahan inovatif menerusi pendekatan falsafah Sun Tzu sebagai elemen dalam latihan bagi memerangi rasuah.

Sun Tzu diperkenalkan oleh pakar strategik dan falsafah, Sun Tzu pada abad ke-6 Sebelum Masihi menerusi buku yang ditulis beliau bertemakan ‘Seni Peperangan’.

Falsafah ketenteraan tertua dalam kesusasteraan Cina terdiri daripada pengurusan konflik dan lawan serta strategi pemikiran, taktik dan matlamat.

Pengaruhnya ternyata memberi kesan besar kepada sejarah dan budaya di China sehingga ia diperluaskan ke Barat dan Asia.

Konsep seni peperangan Sun Tzu turut digunapakai dalam kebanyakan strategi perniagaan dan pengurusan di dunia.

Sun Tzu menterjemahkan kepentingan posisi dalam strategi yang dipengaruhi persekitaran fizikal dan pandangan subjektif untuk sesuatu pelaksanaan dan rancangan.

Bagaimanapun Samarajoo berkata, falsafah tersebut kini sedang dikaji keberkesanannya sebelum ia boleh diamalkan dalam penyiasatan SPRM.

"Kaedah ini menggunakan pendekatan psikologi dengan ‘mengenali’ individu yang memberi dan menerima rasuah.

"Kami akan mengenal pasti cara pemikiran mereka, kenapa mereka terlibat dengan aktiviti rasuah di samping menilai kebolehan penyiasat SPRM,” ujarnya.

Beliau menambah, strategi Sun Tzu mempunyai kekuatan tersendiri menyebabkan ia turut diamalkan sebagai strategi perniagaan dan aktiviti seharian masyarakat dunia.

Menurut Samarajoo, SPRM sentiasa maju ke hadapan berusaha menggunakan pelbagai cara inovatif bagi memerangi gejala rasuah dan memudahkan siasatan berhubung kes rasuah. Tambahnya lagi, organisasi itu tidak mengenal sesiapa meskipun membabitkan individu berkepentingan dalam kes siasatan.

“Apa saja amalan terbaik sama ada konsep atau falsafah akan dinilai. Jika ia benar-benar bermanfaat dan membantu melancarkan siasatan, kenapa tidak dilaksanakannya?.

"Rasuah dan orang yang terbabit dengan gejala itu ibarat musuh atau lawan manakala Sun Tzu adalah strategi peperangan maka pendekatan falsafah itu amat bertepatan,” katanya.

Mingguan mStar merupakan sisipan Bahasa Malaysia yang diterbitkan bersama akhbar The Sunday Star pada setiap hari Ahad.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan