Mustapa Yakin 'Perang Saudara' Umno Rantau Panjang Selesai Sebelum PRU

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yakin "perang saudara" dalam Umno Bahagian Rantau Panjang dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kemelut yang dihadapi Umno bahagian itu lebih bersifat "perang saudara" kerana melibatkan dua pihak berbeza pendapat.

"Pada Sabtu, kita telah mengadakan pertemuan antara kedua-dua pihak saudara yang berperang secara aman dan kedua-dua pihak telah mengeluarkan pandangan mereka.

"Namun, mesyuarat pada hari ini lebih kepada mendengar pandangan mereka secara umum untuk mengenal pasti masalah pokok yang menyebabkan pertentangan timbul, dan saya akan pergi secara mendalam dalam isu perang saudara ini untuk mencari jalan penyelesaian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Umno Bahagian Rantau Panjang setelah Badan Perhubungan Umno Kelantan mengambil alih pengurusan dan pentadbiran 22 Julai lepas.

Perpecahan di kalangan pemimpin Umno bahagian itu yang berlarutan sejak sekian lama, telah menyebabkan kedua-dua kumpulan mengadakan mesyuarat perwakilan secara berasingan pada Jun lepas.

Satu mesyuarat dijalankan oleh Ketua Bahagian Umno Rantau Panjang Abdullah Yassin manakala satu lagi oleh bekas ketua bahagian itu, Datuk Mohd Zain Ismail.

Sehubungan itu, Majlis Tertinggi Umno pada 22 Julai lepas telah memutuskan supaya Badan Perhubungan Umno Kelantan mengambil alih pentadbiran bahagian berkenaan.

Mustapa bagaimanapun, tidak memberikan tempoh masa yang khusus bila masalah di bahagian itu akan dapat diselesaikan.

"Ia bergantung kepada masalah dasar yang kita sedang tangani. Kita harapkan ia akan diselesaikan secepat mungkin, kalau boleh sebelum pilihan raya umum," katanya.

Beliau berkata Umno Kelantan juga akan melancarkan majlis Juara Rakyat pada hari keempat puasa di Rantau Panjang sebagai bukti perpaduan di kalangan anggota umno bahagian itu masih utuh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan