Malaysia Tolak Tuntutan Gaji Minimum RM800 Bagi Pembantu Rumah Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Malaysia menolak permintaan Indonesia untuk menetapkan gaji minimum RM800 bagi pembantu rumahnya kerana negara ini sendiri tidak mempunyai struktur gaji minimum.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata perkara itu antara penyebab Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia mengenai pembantu rumah belum dapat dimuktamadkan.

"Di Malaysia, kita belum mengamalkan konsep gaji minimum ini. Kita punya pendirian memang dari dahulu, gaji diasaskan oleh kuasa pasaran dan itulah dasar kerajaan pada masa sekarang," katanya.

"Susahlah kita nak amalkan pada bidang yang satu ini sahaja, iaitu pembantu rumah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Motivasi dan Latihan Kerjaya untuk belia kaum India anjuran Pertubuhan Perpaduan Hindu Thamizar Negeri Sembilan di Pasir Panjang, Sabtu.

Beliau berkata jika tuntutan Indonesia berhubung penetapan gaji minimum itu dilayan, amaun yang sama juga mungkin terpaksa dibayar kepada pekerja di sektor lain.

Bagaimanapun, Dr Subramaniam bersetuju sekiranya gaji tinggi ditawarkan kepada pembantu rumah Indonesia yang berkemahiran serta dilatih khusus untuk bekerja di negara ini.

"Tetapi apa yang kita setuju ialah gaji boleh diasaskan kepada kemahiran, kalau ada orang yang dikursuskan untuk satu tahun dam mereka mempunyai kemahiran yang lebih tinggi maka mereka boleh diberi gaji yang lebih tinggi daripada seorang yang tidak mempunyai kemahiran," katanya.

Beliau berkata tuntutan Indonesia berhubung perkara itu boleh dilaksanakan sekiranya Malaysia telah menetapkan gaji minimum di semua sektor pekerjaan, dan kedua-dua negara masih berbincang mengenai perkara itu dalam jawatankuasa bersama yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri.

Indonesia membekukan pembekalan pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009, berikutan beberapa kes penderaan pembantu rumah selain ketiadaan faedah pekerjaan seperti gaji minimum bulanan dan cuti rehat mingguan.

Kuala Lumpur dan Jakarta menandatangani Surat Hasrat pada Jun lepas bagi memberi dimensi baru terhadap pengambilan pembantu rumah di Malaysia dan kedua-dua negara bersetuju terhadap terma-terma yang dikaji semula. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan