Kerajaan Sasar Balai Bomba Di Setiap Kawasan Parlimen: Chor

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mensasarkan untuk mewujudkan Jabatan Bomba dan Penyelamat di setiap kawasan Parlimen, kata Menterinya Datuk Chor Chee Heung.

Beliau berkata langkah itu merupakan program jangka panjang dalam memastikan perkhidmatan cekap diberikan kepada orang ramai.

"Setiap kawasan Parlimen perlu mempunyai Jabatan Bomba dan Penyelamat," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sabah, di sini, Sabtu.

Katanya di Sabah kini terdapat 21 balai bomba termasuk di Kinabatangan yang akan siap tidak lama lagi dan menurutnya ini bermakna hanya tinggal empat lagi kawasan Parlimen di negeri ini yang belum mempunyai balai bomba.

Menjawab soalan lain, Chor berkata kementerian sedang meneliti cara untuk memperhebatkan lagi peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat daripada segi pengawalan risiko di zon atau kawasan industri minyak dan gas.

"Mereka di kawasan macam Miri, Bintulu dan Sibu di Sarawak pernah bangkitkan isu keperluan unit khas...kita memang mempunyai kemudahan untuk memadamkan kebakaran sekiranya berlaku di kawasan minyak dan gas," katanya ditanya sama ada unit khas seperti CBRN (chemical, biological radiological and nuclear) akan ditubuhkan di Sabah.

Unit CBRN yang berfungsi menangani risiko kebocoran gas dan kimia telah diwujudkan di Putrajaya dan Selangor.

Dalam perkembangan lain, Chor berkata tahun lalu harta benda yang berjaya diselamatkan dalam kebakaran bernilai melebihi RM10 bilion.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah Khirudin Drahman dalam ucapannya berkata jabatan itu telah memohon "all terrain vehicle" (ATV) untuk kegunaan di kawasan bergunung-ganang dan berbukit yang tidak dapat dilalui oleh jentera bomba. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan