4,600 Anggota JPJ Pantau Jalan-Jalan Mau Pada Musim Perayaan

Diterbitkan: Ahad, 8 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HULU TERENGGANU: Sejumlah 4,600 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikerah mengawasi 202 jalan maut atau berisiko tinggi berlaku kemalangan di seluruh negara pada musim perayaan tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata operasi tersebut akan bermula seminggu sebelum hari perayaan dan berakhir seminggu kemudian.

"Penguatkuasaan akan dijalankan selama 24 jam dengan meminimumkan operasi statik bagi mengelak kesesakan lalu lintas," katanya kepada pemberita selepas majlis Penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ di perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Berua di sini pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Rozi Mamat, yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.

Beliau berkata, pada musim perayaan kali ini juga, bilik kawalan di semua pejabat JPJ negeri dan ibu pejabat akan beroperasi 24 jam sehari.

Katanya, JPJ akan menempatkan anggota penguat kuasa di 36 terminal bas di semua negeri bagi memeriksa tayar, brek, buku log kenderaan dan sebagainya manakala pihak polis, menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, akan mengadakan ujian air kencing terhadap pemandu bas ekspres.

Solah berkata, anggota JPJ di terminal bas juga akan bertindak terhadap ulat tiket yang mengambil kesempatan pada musim perayaan.

"Pengguna perlu sedar, kenapa perlu beli tiket daripada ulat-ulat sedangkan kaunter ada jual tiket," katanya.

Beliau berkata, JPJ juga akan mengambil tindakan terhadap terhadap pemandu teksi yang mengenakan tambang lebih, enggan mengunakan meter serta enggan mengambil penumpang.

Katanya, pengguna boleh membuat aduan kepada anggota penguat kuasa yang bertugas di terminal dan Bilik Kawalan, Bahagian Penguatkuasa di semua pejabat JPJ negeri atau Ibupejabat, atau menerusi e-mel di alamat aduan@jpj.gov.my.

Seramai 36 daripada 295 Orang Asli Kampung Sungai Berua yang menjalani ujian memandu kelas B2, mendapat lesen memandu masing-masing hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan