Pintu Gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang Diroboh Minggu Depan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Kerja meroboh pintu gerbang Kebun Bunga Pulau Pinang yang baru sahaja dibina akan dilakukan minggu depan, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata kerja meroboh pintu gerbang yang bernilai RM150,000 itu dibuat atas permintaan orang ramai dan bantahan badan bukan kerajaan yang mendakwa gerbang berkenaan tidak mesra alam.

"Kementerian akan membiayai dahulu kos meroboh kira-kira RM70,000 sebelum membuat tuntutan kepada pihak kontraktor yang membina gerbang tersebut," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Pintu gerbang berkenaan merupakan sebahagian daripada projek bernilai RM7 juta untuk mencantikkan kebun bunga itu.

Ng berkata berdasarkan kaji selidik yang telah dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia pada Jun lalu, 71 peratus daripada 1,225 responden mahu gerbang tersebut dirobohkan.

Beliau berkata tempat pintu gerbang itu akan ditanam dengan bunga-bungaan. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan