Penduduk Rumah Pangsa Bakal Nikmati Jalur Lebar: Rais

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penduduk di kawasan rumah pangsa akan berpeluang menikmati kemudahan jalur lebar tanpa wayar selepas beberapa kajian dilaksanakan, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Kemudahan jalur lebar bagi memperluaskan alat komunikasi untuk rakyat berhubung selain menggunakan kemudahan telefon bimbit, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Merakyatkan Seni Budaya dan Larian Kibar Jalur Gemilang 1Malaysia di Taman Desa Ria di sini, Sabtu.

Sebagai permulaan kawasan rumah pangsa di Taman Desa Ria itu akan dinilai untuk melihat 'access point' bagi menyediakan kemudahan jalur lebar, kata beliau.

"Kita akan lihat tempat seperti ini bagaimana kita boleh menilai 'access point'nya dulu. Kami akan minta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) datang dan menguji kekuatan signal di sini," kata beliau.

Menurutnya tindakan selanjutnya akan dimaklumkan selepas SKMM melaksanakan kajian itu.

Sebelum ini, Rais mengumumkan 2,000 buah kampung di seluruh negara bakal memperoleh perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar pada tahun ini dan lima daripadanya sudah mendapat perkhidmatan itu termasuk di kawasan kampung baru, tradisional dan rumah panjang.

Mengenai program Merakyatkan Seni Budaya, beliau berkata ia adalah platform untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat melalui penganjuran pelbagai aktiviti berteraskan seni dan budaya.

"Di sini kita dapati 4,000 penduduk turun padang. Sedikit sebanyak pesanan serta seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat kita sampaikan di samping dapat kita membantu menaikkan taraf penyertaan rakyat menerusi komunikasi dan budaya," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Rais meminta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara menyemarakkan lagi program seni dan budaya melalui pencarian bakat-bakat baru dalam bidang itu.

Pada majlis berkenaan beliau turut menyampaikan bantuan barangan dapur untuk 200 penduduk, komputer 1Malaysia untuk lima pelajar cemerlang di Petaling Jaya serta lima kerusi roda kepada anggota polis yang kurang upaya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan