Menteri Berjaya Hentikan Kerja Meroboh Rumah Bekas Pekerja Estet Bukit Jalil

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, beliau telah mengemukakan permohonan kepada Perdana Menteri supaya kerja-kerja meroboh rumah yang dihuni bekas pekerja estet Bukit Jalil oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihentikan atau ditangguhkan agar isu itu dapat diselesaikan secara baik.

Selain Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, beliau turut membangkitkan perkara itu kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin.

"Wakil bekas pekerja terbabit datang menemui saya Selasa lepas (3 Ogos), memohon bantuan saya supaya kerja-kerja perobohan oleh DBKL dihentikan, dan saya bersetuju untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini bagi menjelaskan laporan kononnya kerajaan telah gagal dalam membantu nasib para pekerja yang terjejas.

Rumah 40 keluarga bekas pekerja estet itu sepatutnya dirobohkan hari ini, namun selepas rayuan daripada pelbagai pihak, termasuk oleh Dr Subramaniam, DBKL memutuskan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja itu buat sementara waktu.

Dr Subramaniam berkata, kerajaan mahu perkara itu dikendalikan segera dengan kerjasama penduduk yang terjejas.

"Kerajaan sentiasa bertindak adil dalam berbincang dengan bekas pekerja estet Bukit Jalil. Perkara ini telah berlangsung sejak sekian lama dan kami mahu menyelesaikan isu ini secara adil, dengan kerjasama bekas penduduk itu dan kerajaan," katanya.

Beliau menambah, wakil bekas pekerja telah mengadakan kira-kira 11 perbincangan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL serta 16 pertemuan dengan pegawai Jabatan Tenaga Kerja dalam kementeriannya.

Dr Subramaniam juga berkata wakil bekas pekerja itu juga mahu bertemu beliau semalam namun pertemuan itu terpaksa dijadualkan semula kepada hari ini.

"Pada lewat Khamis, mereka menghubungi dan memaklumkan bahawa mereka tidak dapat menghadiri pertemuan itu dan memerlukan masa," katanya, sambil menambah beliau dan pegawai kementerian seringkali berhubung dengan bekas pekerja terbabit.

Dr Subramaniam juga menjelaskan, satu pertemuan membabitkan wakil bekas pekerja, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL akan diadakan minggu depan.

Beliau berkata setiap bekas pekerja terbabit telah ditawarkan sebuah unit kos rendah berharga RM35,000 dengan rebat RM2,000 dan pebelanjaan berpindah RM1,000.

"Sekolah Tamil sedia ada akan ditempatkan semula ke sebuah sekolah berhampiran oleh kerajaan manakala kuil pula di tempat yang sama, dengan usaha diambil untuk memberi milik tanah bagi tujuan itu," katanya.

Dr Subramaniam berkata, wakil pekerja juga mahukan surat rasmi berhubung tawaran bagi rumah baru itu, dan surat telah pun diberi kepada mereka.

Ditanya sama ada bekas pekerja terbabit mahukan rumah kos rendah dan bukannya flat kos rendah, beliau berkata pembinaan rumah kos rendah di bandar-bandar besar adalah tidak lagi sesuai.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan