Langkawi Di Tangga Ke-19 Destinasi Popular Dunia Dalam Aspek Kawal Alam Sekitar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Langkawi, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa, menduduki tangga ke-19 daripada 21 buah destinasi pelancongan popular di seluruh dunia dalam aspek mengawal alam sekitar.

Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr James Dawos Mamit berkata, kedudukan itu berdasarkan satu kajian kaji selidik oleh sebuah badan bebas dari Eropah.

Hanya Pulau Langkawi merupakan destinasi pelancongan di Malaysia yang tersenarai dalam kaji selidik itu yang turut menyenaraikan beberapa destinasi pelancongan popular di Asia.

"Laporan oleh badan itu yang diserahkan ke tangan saya baru-baru ini menyebut keindahan pulau itu tercemar oleh pantainya yang kotor kerana kesemua sisa kumbahan disalurkan ke laut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Melaka Matta Fair 2010 di Dataran Pahlawan Melaka Megamall di sini petang Jumaat.

Ia dirasmikan Ketua Menteri Datuk Mohd Ali Rustam.

Dawos berkata, beliau tidak mahu laporan itu akan mengakibatkan jumlah pelancongan asing ke pulau legenda itu berkurangan.

"Langkawi dilawati oleh ramai pelancong dari negara-negara Eropah dan kebanyakan pelancong ini sangat memberi perhatian kepada aspek kebersihan alam sekitar," katanya yang beberapa kali melawati pulau itu.

Beliau berkata, pengalamannya melawat pulau itu kali terakhir pada Mei lepas juga mendapati hotel penginapannya mengabaikan aspek kebersihan alam sekitar kerana tidak merawat dengan sempurna air kumbahan ke saluran yang betul.

Katanya, kajian mengenai pencemaran Pulau Langkawi akan dipanjangkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk tindakan.

Sehubungan itu, kementeriannya meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri supaya sentiasa mengawasi aspek kebersihan alam sekitar di kawasan-kawasan destinasi pelancongan.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan