Kes Penyakit Kencing Tikus Perlu Dilapor Kepada Kementerian Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyakit kencing tikus atau leptospirosis akan dikategorikan sebagai "penyakit wajib dilaporkan" iaitu setiap kes yang berlaku perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan, kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata langkah itu dibuat bagi membolehkan kementerian memantau dan mengawal keadaan sebenar penyakit berkenaan di negara ini.

"Saya akan mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengeluarkan notis menjadikan penyakit leptospirosis ini sebagai satu penyakit yang perlu diberitahu kepada pegawai kesihatan daerah.

"Dari semasa ke semasa memang banyak kes leptospirosis di mana-mana, tetapi memandangkan sebelum ini ia tidak perlu dilaporkan kepada kementerian jadi kita tak tahu berapa kes leptospirosis yang berlaku dalam negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kapitan Yap Ah Loy di sini, Sabtu.

Penyakit kencing tikus atau leptospirosis mula mendapat perhatian ramai akhir Jun lepas apabila lapan orang meninggal dunia disyaki dijangkiti bakteria melioidosis dan leptospirosis selepas menyertai operasi menyelamat di Lubuk Yu, Maran, Pahang.

Kini penyakit tersebut mula dikesan di Kedah apabila seorang disahkan maut setelah berkelah di kawasan rekreasi Lata Bayu, Baling.

Sehubungan itu, Liow telah mengarahkan setiap pegawai kesihatan daerah mengawal selia kebersihan kawasan rekreasi terutamanya tapak perkhemahan yang menjadi salah satu punca wabak ini berleluasa di seluruh negara.

Beliau juga meminta orang ramai menjaga kebersihan di kawasan rekreasi bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit kencing tikus atau leptospirosis di negara ini.

"Kencing tikus yang membawa bakteria ini akan menjadi epidemik dalam kawasan kita kalau kita tak mengambil langkah yang drastik. Oleh itu salah satu langkah yang penting adalah untuk memastikan kebersihan kawasan kita terutamanya di kawasan-kawasan perkhemahan," katanya.

Orang ramai juga tidak perlu panik kerana penularan wabak ini terkawal, kata Liow.

"Memang di Kedah, contohnya, setiap tahun ada lebih kurang ratusan kes leptospirosis tetapi kebanyakannya kita dapat sembuhkan.

Jadi orang ramai digesa membantu kementerian untuk memastikan penyakit yang dibawa tikus ini dapat kita hapuskan sama sekali," katanya.

Seminar sehari yang dianjurkan Persekutuan Persatuan Nanyang Malaysia itu bertujuan untuk menghayati dan menghargai sumbangan pengasas Kuala Lumpur itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan