Kementerian Wanita Sedia Geran RM500,000 Untuk NGO

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperuntukkan geran RM500,000 kepada badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan wanita yang berada di bawah Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) bagi membantu mereka menganjur program-program khusus untuk memperkasa golongan wanita.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata geran yang diperuntukkan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian itu untuk NGO-NGO berkenaan bertujuan mengenal pasti program-program bagi memperkasa golongan wanita, khususnya yang dapat meningkatkan ekonomi golongan itu.

"Kementerian berharap geran ini ditadbir NCWO dengan baik bagi terus meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi," katanya dalam majlis makan malam NCWO sempena sambutan Hari Wanita ke-48 di Bukit Kiara, di sini malam Jumaat.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan berangkat ke majlis itu.

Turut hadir ialah Yang Dipertua NCWO Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan 700 tetamu jemputan yang terdiri daripada tokoh-tokoh wanita dari pelbagai bidang serta anggota-anggota NGO.

Beliau berkata, penyertaan aktif wanita amat penting untuk menjayakan proses transformasi ekonomi negara dan potensi mereka perlu dibangun secara optimum dalam Model Baru Ekonomi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan