Kementerian Pelancongan, Kementerian Kesihatan Cegah Penyakit Merebak

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kementerian Pelancongan bersedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi memastikan semua kawasan pelancongan di negara bebas daripada sebarang penyakit merebak.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata langkah-langkah sewajarnya telah diambil oleh kementeriannya berikutan dengan jangkitan bakteria Leptopirosis (air kencing tikus) yang berlaku di Lata Bayu, Baling, Kedah baru-baru ini.

Beliau berkata Jabatan Pelancongan negeri hendaklah mematuhi sebarang langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan termasuk menutup sementara kawasan pelancongan sebagai langkah berjaga-jaga bagi keselamatan orang ramai.

"Sebagai pihak yang mempunyai kepakaran, Kementerian Kesihatan berhak memeriksa dan mengesahkan ia selamat, barulah kawasan pelancongan itu dibenarkan dibuka kepada orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Hijau 1Malaysia, Bersih 1Malaysia di Batu Ferringhi di sini, Sabtu.

Beliau berkata walaupun wabak Leptopirosis dalam kawalan, semua pihak berkenaan mestilah mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, Dr Ng berkata faktor kecuaian dan tidak ada kesedaran oleh sesetengah pengunjung ke kawasan pelancongan dalam menjaga kebersihan, menyebabkan ada tempat tarikan pelancong dijangkiti dengan wabak bakteria itu.

"Sebab itu kita lancarkan kempen ini untuk wujudkan kesedaran di kalangan pelancong dan penduduk tempatan untuk menjaga kawasan pelancongan seperti pantai, hutan dan air terjun bersih," kata beliau.

Rabu lepas, seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meninggal dunia sementara empat yang lain disahkan positif bakteria Leptopirosis setelah mereka berkelah berhampiran air terjun di Baling.

Dua tempat berkelah popular yang diuji positif wabak bakteria itu adalah di Taman Rekreasi Puncak Janing di Kuala Nerang dan Taman Rekreasi Bukit Wang di Kubang Pasu, Kedah.

Berikutan dengan insiden itu, Jabatan Kesihatan Kedah telah mengarahkan ketiga-tiga kawasan berkelah itu ditutup sementara bagi mencegah merebaknya wabak berkenaan di kawasan tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan