Kanak-kanak Lelaki Yang Meninggal Pada Khamis Dipercayai Didera Sejak Sebulan Lepas

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia di Hospital Serdang, Khamis lepas dipercayai menjadi mangsa dera bapanya sejak sebulan yang lalu.

Ketua Polis Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata suspek berumur 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu kini direman seminggu bermula Sabtu untuk siasatan lanjut.

"Berdasarkan kesan luka yang dialami kanak-kanak itu, ia bukan luka baru, sebaliknya laporan bedah siasat mendapati banyak kesan lama pada badan mangsa terutama di bahagian kepala.

"Namun pemeriksaan ke atas enam lagi anak mangsa yang berumur 5 hingga 13 tahun mendapati tiada kesan menunjukkan mereka didera," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Beliau berkata polis turut mengambil keterangan daripada isteri suspek yang berusia 30-an bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti sama ada isterinya terbabit dalam kes itu atau tidak.

Dalam kejadian itu, pelajar darjah lima berkenaan dibawa oleh bapanya ke Hospital Serdang selepas dilaporkan tidak sedarkan diri.

Bapanya mendakwa mangsa terjatuh di rumah mereka di Taman Puchong Utama petang Khamis lepas, sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira 11.30 malam hari yang sama.

Bagaimanapun, pemeriksaan hospital mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian dalaman selain beberapa kesan dipukul di kepala, belakang badan dan kaki.

Zainal Rashid berkata punca kanak-kanak itu didera masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan