Kajian Sebelum Menutup Tiga Lagi Kawasan Menyelam Di Pulau Redang

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU REDANG: Taman Laut Malaysia (JTLM) sedang mengkaji kelunturan batu karang sebelum mengambil tindakan untuk menutup sementara tiga lagi kawasan menyelam di taman laut Pulau Redang, kata Ketua Pengarah JTLM Abdul Jamal Mydin.

Kawasan menyelam itu tidak boleh ditutup sewenang-wenangnya kecuali batu karang di tiga tempat itu telah mengalami kelunturan sehingga melebihi 60 peratus, katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Penyelaman Pemulihan Merdeka 2010 di sini, Sabtu.

Baru-baru ini Persatuan Pengusaha-pengusaha Resort Kepulauan Redang di sini telah memantau beberapa kawasan di sekitar pulau berkenaan berikutan berlakunya kelunturan batu karang seperti Pulau Ekor Tebu, Pulau Che Isa dan Tanjung Lebam dan mengesyorkan supaya tempat menyelam di pulau-pulau berkenaan turut ditutup.

Beliau berkata JTLM menghormati cadangan persatuan itu yang prihatin dan sensitif terhadap kawasan-kawasan yang dikhuatiri mengalami kemusnahan batu karang ini.

"Kita dapati mereka mengikuti perkembangan tentang kelunturan batu karang dan mereka faham bahawa tindakan menutup kawasan penyelam di pulau berkenaan adalah satu tindakan yang penting diambil semata-mata untuk melindungi batu karang daripada terus rosak dan mati," katanya.

Ketika ini Pulau Redang mempunyai 18 lokasi menyelam dan daripada jumlah itu hanya satu tempat menyelam sahaja ditutup sementara bagi aktiviti rekreasi air seperti snorkeling dan selam skuba iaitu di Teluk Bakau.

Penutupan itu disebabkan fenomena El-Nino yang meningkatkan suhu air laut dari 28 darjah celsius hingga 31 celsius yang menyebabkan kelunturan batu karang.

"Kini keadaan suhu di kawasan pulau berkenaan kembali pulih apabila ia mencatatkan suhu 29 celsius," katanya.

Sementara itu 30 pelajar renjer Ed Acuba Sdn Bhd menyertai program ketiga tersebut yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Abdul Jamal berkata, program itu amat penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar dan orang ramai tentang pentingnya aspek pemulihan biodiversiti marin. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan