Jangan Perlekeh Sumbangan DEB Kepada Bumiputera: Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bumiputera diingatkan supaya tidak memperlekeh sumbangan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah membantu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat Malaysia sehingga kini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kejayaan terbesar dasar itu ialah memberi peluang pendidikan kepada masyarakat sehingga tertubuhnya Universiti Teknologi Mara dan syarikat besar seperti Permodalan Nasional Bhd.

"Jangan memperlekeh DEB kerana dengan adanya dasar tersebut, kita dapat peluang untuk belajar sehingga ke tahap ini," katanya ketika merasmikan Seminar Rancangan Malaysia Ke-10 di sini, Sabtu.

Seminar itu dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Yayasan Kajian dan Pembangunan DPMM.

Mustapa berkata fokus kerajaan dalam RMK-10 ialah pembangunan kapasiti dan akan menggunakan segala pengajaran dan pengalaman yang diperoleh melalui DEB untuk memastikan kejayaan rancangan tersebut.

"Saya akan bawa segala cadangan di sini ke Mesyuarat Peringkat Tertinggi Agenda Pembangunan Bumiputera yang akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi," katanya.

Mesyuarat pertama yang dijangka berlangsung 12 Ogos ini, akan diadakan setiap tiga bulan sekali, di mana ia akan merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.

Terdahulu, Presiden DPMM Tuan Syed Ali Alattas mencadangkan kerajaan menubuhkan Tabung Pembangunan Usahawan bernilai RM1 bilion, dengan tidak kurang daripada 30 peratus kontrak kerajaan diberikan kepada Bumiputera.

Pada sidang akhbar, Mustapa turut menolak dakwaan luar yang kononnya Bumiputera merupakan punca utama kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI).

"Ia bukan isu," katanya sambil menambah jumlah penglibatan Bumiputera dalam sektor pembuatan, yang merupakan sektor utama penyumbang FDI, sangat sedikit.

Selain itu, beliau juga mencadangkan penubuhan dewan perniagaan 1Malaysia bagi usahawan muda pelbagai bangsa yang berumur 35 tahun ke bawah, dalam usaha untuk merapatkan jurang antara kaum.

"Saya dapati jurang antara usahawan-usahawan muda Melayu dan bangsa lain semakin ketara dan ini agak berbahaya dan boleh menjejaskan kedudukan ekonomi pada masa hadapan," katanya.

Dengan penubuhan itu, yang akan dimulakan oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), beliau berharap usaha kerjasama strategik dapat diwujudkan, sekaligus dapat mengekalkan perhubungan harmoni antara kaum bagi kesejahteraan negara pada masa hadapan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan