IPT Disaran Tubuh Kelab 1Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mencadangkan agar semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menubuhkan Kelab 1Malaysia sebagai satu asas penting untuk menyediakan pelajar menjadi pemimpin masa depan.

Beliau berkata, penubuhan kelab itu boleh menyediakan peluang dan ruang yang lebih luas bagi pelajar universiti memahami dengan lebih mendalam mengenai negara melalui konsep 1Malaysia.

"Setakat ini Kelab 1Malaysia telah diwujudkan di lima zon iaitu Zon Tengah, Selatan, Timur, Utara, Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPT Awam 2010 di sini, Jumaat.

Justeru, Mohamed Khaled berkata, kementerian bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM150,000 di Zon Semenanjung manakala RM80,000 bagi setiap zon di Sabah dan Sarawak bagi membolehkan IPT penganjur menjayakan program 1Malaysia.

Beliau berkata, sebanyak enam penganjur telah dipilih untuk menjalankan program itu iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (zon Tengah), Universiti Sultan Zainal Abidin (zon Timur), Universiti Malaysia Perlis (zon Utara), Kolej Yayasan Melaka (zon Selatan), Universiti Malaysia Sabah (zon Sabah) dan Universiti Malaysia Sarawak (zon Sarawak).

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berterima kasih kepada segelintir pihak yang menghargai kematangan pelajar IPT apabila memberi saranan supaya mereka dibenarkan berpolitik.

"Tetapi untuk membenarkan pelajar berpolitik perlu mendapat pandangan semua pihak bukan sahaja pelajar tetapi juga pensyarah, sama ada kementerian membenarkan atau tidak, saya mahu ia dilakukan secara sebulat suara," katanya.

Beliau mengulas cadangan Pemuda Umno baru-baru ini supaya kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bagi membolehkan golongan mahasiswa aktif berpolitik.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan