Institusi Penting Dalam Masyarakat Perlu Jalin Kerjasama Pintar

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerjasama pintar antara institusi-institusi penting dalam masyarakat perlu ditingkatkan lagi dan dimanfaatkan dalam memupuk nilai murni yang akan dapat mencegah gejala sosial dan jenayah.

Beliau berkata peranan memupuk nilai murni tidak harus diserahkan kepada institusi keluarga sahaja sebaliknya institusi sosial yang lain seperti pendidikan, ekonomi, agama dan politik juga perlu bersama-sama menggembleng tenaga.

"Identiti sesebuah masyarakat adalah ditentukan oleh kebudayaan dan institusi sosialnya. Kita tidak mahu apabila negara mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi dan maju pada 2020, kita mempunyai masyarakat yang pincang budaya dan porak peranda," katanya berucap pada Karnival Pencegahan Jenayah Kebangsaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata pola-pola perhubungan antara individu dan masyarakat adalah jelmaan daripada apa yang berlaku dalam institusi sosial seperti gejala dadah, mat rempit, pembuangan bayi, judi, ah long, kongsi gelap, arak dan gangsterisme.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak perlu bertanggungjawab secara langsung ke atas perilaku institusi sosial memandangkan institusi sosial akan kekal sebagai manifestasi budaya bangsa.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau percaya penyelesaian kepada kepincangan institusi sosial dapat di atasi dengan menitik-beratkan nilai murni yang mana penekanannya terdapat di dalam semua agama.

Beliau berkata misalnya nilai-nilai murni di dalam Islam secara umumnya adalah menjaga keturunan manusia termasuk kemuliaan budi pekerti, memupuk sikap telus dan terbuka serta kasih sayang dalam keluarga.

"Nilai murni berdasarkan ajaran konfusius juga boleh dijadikan panduan. Analisa awal dengan merujuk kepada buku Lun Yu yang dianggap sebagai asas kepada fahaman konfusianisme ada menumpukan kepada nilai murni yang berhubungan dengan falsafah, etika, ilmu, pendidikan dan sebagainya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan