Ibu Penerima Anugerah Emas Diraja UniMAP Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Kegembiraan terpilih sebagai penerima Anugerah Emas Diraja Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertukar duka buat Mohd Abd Hafiz Zakaria berikutan kematian ibunya malam semalam.

Mohd Abd Hafiz, 25, lulusan ijazah sarjana muda kejuruteraan alam sekitar yang sepatutnya menerima ijazah dan anugerah itu daripada Canselor UniMAP Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail pada majlis konvokesyen universiti itu Sabtu, terpaksa bergegas pulang malam tadi ke kampungnya di Sungai Rambai, Melaka.

Mohd Abd Hafiz yang dihubungi Bernama di sini berkata ibunya, Joanah Bahari, 61, yang menghidap ketumbuhan dalam otak, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas dan berada dalam keadaan koma sebelum meninggal dunia.

Beliau dimaklumkan mengenai kepulangan ibunya ke Rahmatullah pada 10.40 malam ketika menghadiri majlis santapan malam bersama-sama Tuanku Syed Faizuddin, yang juga Raja Muda Perlis, di Dewan Warisan di sini.

Bapanya pula meninggal dunia sejak beliau berusia dua tahun.

Mohd Abd Hafiz, anak keenam daripada tujuh beradik, kini bertugas sebagai Ketua Keselamatan Alam Sekitar untuk projek di Melaka Cergas Murni Sdn Bhd.

Beliau adalah antara 1,176 graduan UniMAP yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada Konvokesyen ke-5 universiti itu di sini, Sabtu.

Tujuh graduan menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD), 30 graduan menerima Ijazah Sarjana Sains (M.Sc), 910 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dan 229 Diploma Kejuruteraan.

Selain Mohd Abd Hafiz, rakan sekuliahnya Tan Cheng Yau turut menerima anugerah itu.

Kedua-dua mereka masing-masing menerima pingat emas, sijil penghargaan daripada Majlis Raja-Raja, pingat kecemerlangan dan wang tunai RM5,000.

Anugerah Emas Canselor pula dimenangi oleh Juliana Abd Rahman lulsan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Alam Sekitar dan Ng Hui Tien lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Bahan.

Anugerah Emas Naib Canselor dimenangi oleh Jannatun Adzura Adnan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan Ng Hooi Xian lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan.

Keempat-empat mereka masing-masing menerima pingat bersadur emas, pingat kecemerlangan, sijil penghargaan dan wang tunai bernilai RM4,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan