Tiga Persatuan Perniagaan Bumiputera Tidak Setuju Cadangan Tony Pua

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga persatuan perniagaan bumiputera, Jumaat, menyatakan pendirian bahawa mereka tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan diskaun bumiputera untuk pembelian hartanah bernilai RM500,000 ke atas di Selangor.

Tiga persatuan itu ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS), Gabungan Persatuan Usahawan Melayu Selangor (GAPUMS) dan anggota Majlis Perniagaan dan Ekonomi Melayu Malaysia.

Timbalan Pengerusi DPMMS Datuk Mohd Karim Abdullah Omar berkata cadangan Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berhubung perkara itu masih tidak sesuai dilaksana.

"Ini kerana ekuiti pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera masih di paras rendah," katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Pada 26 Julai lepas, Pua yang merupakan anggota Parlimen dari DAP mencadangkan supaya kerajaan Selangor memansuhkan dasar pemberian diskaun tujuh peratus kepada pembeli Bumiputera dalam pemilikan hartanah komersil dan kediaman mewah yang bernilai lebih RM500,000.

Beliau berkata setakat ini pemilikan rumah di kalangan Bumiputera tidak melebihi 14 peratus manakala pemilikan premis perniagaan tidak melebihi tiga peratus dan unit industri tidak lebih satu peratus daripada jumlah hartanah di seluruh negara.

Mohd Karim berkata jika cadangan memansuhkan diskaun itu dilaskanakan, sukar bagi Bumiputera untuk memiliki hartanah terutama premis untuk perniagaan dan industri.

Cadangan itu mungkin boleh dipertimbang jika pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera telah meningkat, katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga persatuan berkata kerajaan negeri perlu serius dalam mengawal selia pelupusan kuota hartanah bumiputera oleh pemaju untuk mengelakkan proses pelupusan dibuat dengan tujuan mengaut keuntungan berlebihan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan