Sultan Selangor Dukacita Dengan Anasir Cabar Institusi Agama Islam

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita dengan anasir-anasir yang mencabar institusi agama Islam di negara ini, termasuk penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam.

Baginda bertitah anasir lain yang turut dilihat cuba mencabar institusi agama Islam di negeri ini ialah ajaran sesat, penyalahgunaan masjid, penglibatan remaja Islam dengan dadah, vandalisme, mat rempit dan gejala sosial.

"Beta amat mengharapkan agar usaha-usaha dipertingkat bagi mengatasi masalah yang berlaku ini," titah baginda pada Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 di sini, Khamis.

Justeru baginda mengingatkan umat Islam terutama orang Melayu supaya bersatu untuk mempertahankan agama dan bangsa.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak yang bertanggungjawab dengan pendidikan Islam di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dalam memastikan hanya mereka yang berkelayakan serta bertauliah menjadi guru dan pendidik agama Islam.

"Ini adalah bagi mengelakkan penyelewengan dan kekeliruan di kalangan pelajar yang akhirnya boleh merosakkan masyarakat Islam di negeri ini," katanya.

Baginda bertitah perkara itu perlu dipandang serius dan tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Pihak pentadbiran sekolah dan guru hendaklah sentiasa menyayangi murid dan menyemai rasa hormat pelajar kepada guru dan ibu bapa supaya ia menjadi amalan sehingga keluar dari alam persekolahan, titah baginda.

"Beta juga berharap semangat cintakan agama Islam akan terus berada di hati generasi muda yang mahukan keamanan dan kesejahteraan," titah baginda.

Sekolah Rendah Agama Integrasi Seksyen 7 itu dibuka pada 3 Ogos tahun lepas dan mempunyai 13 guru dan 159 pelajar. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan