Ramli Kini Bercuti, Bukan Dipecat Dari Kumpulan Semesta

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengarah Eksekutif Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), Ir Ramli Abdul Majed kini bercuti sebulan bagi menyelesaikan masalah keluarga dan bukan dipecat, kata seorang ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta, Mat Shuhaimi Shafie.

Ketika dihubungi di sini Shuhaimi meminta agar tidak ada pihak membuat spekulasi berhubung ketiadaan Ramli yang mengemudi operasi pengeluaran pasir oleh KSSB, anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu.

"Setahu saya dia hanya mohon untuk bercuti kerana ada masalah keluarga dan ingin menyelesaikannya... itu saja.

"Saya tahu mengenai cutinya semalam ketika kami ada mesyuarat ahli lembaga pengarah. "Memang soal cutinya ada disebut dalam mesyuarat itu tetapi soal pemecatan Ramli tidak timbul langsung," katanya.

Beliau diminta mengulas desas-desus mengenai pemecatan Ramli sebagai Pengarah Eksekutif syarikat itu.

Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui Ramli pernah menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan namun ditolak kerana KSSB berpendapat khidmatnya masih diperlukan. Ditanya bila kontrak perkhidmatan Ramli tamat, Shuhaimi berkata beliau tidak pasti. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan