Pengurus Besar Sime Darby Engineering Dihadap Ke Mahkamah Atas Dakwaan Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zambri (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding selesai. Foto THE STAR/KK SHAM
Zambri (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas prosiding selesai. Foto THE STAR/KK SHAM

SHAH ALAM: Seorang Pengurus Besar di Sime Darby Holdings Bhd, Zamri Mohd Iderus dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan rasuah yang berjumlah RM99,000 yang didakwa dilakukannya dua tanun lalu.

Zamri, 39, yang bertugas sebagai Pengurus Besar Sime Darby Marine/ Pembangunan Perniagaan & Pelaburan / Projek Antarabangsa mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.

Tertuduh didakwa menerima rasuah itu dalam bentuk dua keping cek EONCAP Islamic Bank Berhad bernilai RM50,000 dan RM49,000 daripada seorang pelabur, Kamarudin Hussin pada pukul 8 malam, 7 November 2008 di Warung Junction, The Summit Hotel, di Persiaran Kewajipan, USJ1, UEP, Subang Jaya, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai upah kerana membantu memberikan maklumat mengenai harga bidaan untuk Syarikat Arrow Platform (M) Sdn Bhd memperoleh kerja-kerja sub-kontraktor bagi kerja pembinaan yang bernilai RM14, 430, 000 dan kerja sistem paip tembaga daripada Sime Darby Engineering.

Arrow Platform ialah sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan di pelantar minyak di mana Kamarudin ialah pelabur syarikat tersebut.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11(a)Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang prosiding juga didakwa atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan secara langsung bagi dirinya kerana mendedahkan maklumat harga anggaran bidaan tanpa kebenaran pihak pengurusan Sime Darby Engineering.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada November 2008 di Kompleks Sime Darby di Persiaran Kewajipan.

Tertuduh yang ditangkap pada 24 Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 132(2)(b) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 132(3) Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM30,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kevin Morais menawarkan jaminann sebanyak RM10,000 untuk dua pertuduhan terhadap tertuduh.

Azhaniz Teh membenarkan jumlah itu selepas tiada bantahan dibuat oleh peguam Jason Tay yang mewakili tertuduh.

Beliau juga menetapkan syarat tambahan untuk tertuduh menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 September depan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan