PDRM Cadang Kadar Kompaun Saman Ekor Lebih Rendah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan cadangan agar kerajaan menetapkan kadar kompaun saman ekor yang mampu dibayar pesalah trafik berikutan pelbagai rungutan di kalangan orang ramai berhubung kadar saman itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata, bagaimanapun, setiap kadar saman bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

"Saya telah kemukakan cadangan di peringkat tertinggi agar saman yang dikeluarkan selepas ini mampu dibayar oleh pesalah trafik.

"Kemungkinan saman itu akan dikurangkan, namun ia bergantung kepada jenis kesalahan trafik. Perkara ini juga masih di peringkat kajian dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM 2010 di Bukit Aman di sini, Khmais.

Beliau berkata kadar kompaun saman itu juga akan diselaraskan antara dua agensi, iaitu PDRM dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Musa berkata antara cadangan lain yang dikemukakan ialah melanjutkan tempoh pembayaran saman serta mengkhususkan badan pengeluar nombor pendaftaran untuk setiap kenderaan.

"Dalam cadangan itu juga, kita minta agar tempoh pembayaran saman dipanjangkan. Maknanya, kalau sekarang pesalah trafik diberi tempoh dua minggu bagi melangsaikan saman, kita panjangkan tempoh itu untuk memudahkan mereka.

"Pengeluaran nombor pendaftaran kenderaan juga perlu diberi pada satu pihak sahaja...kalau JPJ yang diberi kuasa, maka JPJ yang berhak keluarkan, bukan kedai-kedai (kereta) seperti sekarang. Ini yang menyebabkan banyak nombor (pendaftaran) palsu yang keluar," katanya.

Mengulas mengenai saman ekor yang sepatutnya dihentikan pula, Musa berkata polis hanya mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan.

"Saman ini hanya peringatan. Kalau tiada undang-undang seperti ini, orang kata polis tak jalankan tugas, dan jika masyarakat patuh pada undang-undang, tak adalah kena saman," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan