Militan Sikh Bersembunyi Di Msia: Jika Ada Sila Buktikan

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu maklumat daripada Polis Punjab mengenai dakwaan mereka kononnya sekurang-kurangnya empat suspek militan Sikh bersembunyi di Malaysia.

Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa di New Delhi bagi menjejak suspek militan terbabit sekiranya ada.

"Jika betul dakwaan Polis Punjab bahawa anggota militan itu berada di Malaysia maka mereka perlu salurkan maklumat yang mereka ada dengan cara bekerjasama dan berbincang dengan kami agar tindakan lanjut dapat dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Program Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Sesi 2008/2009 dan Diploma Siswazah Sains Kepolisan Sesi 2009/2010 di Maktab PDRM, Cheras di sini hari ini.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan bertolak-ansur dan akan bertindak tegas mengikut peruntukan undang-undang yang ada sekiranya benar wujud gerakan militan Sikh itu yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Mohamad Fuzi baru-baru ini menolak dakwaan wujudnya kegiatan satu kumpulan militan Sikh di Malaysia sehingga mendatangkan ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam.

Katanya, hasil risikan setakat ini menunjukkan tidak ada sebarang tanda berhubung kegiatan itu seperti yang didakwa polis Punjab menerusi satu laman blog.

Baru-baru ini polis Punjab mendakwa bahawa Khalistan Liberation Force, satu kumpulan puak pemisah Sikh yang kejam, menubuhkan pangkalan di luar Kuala Lumpur dengan sekurang-kurangnya empat daripada anggota militannya masih bersembunyi di Malaysia.

Ketua Polis Patiala, Supt Kanan Ranbir Singh Khatra berkata bahawa mereka mahu menggunakan saluran diplomatik dengan meminta kerjasama kerajaan Malaysia dalam memerangi keganasan dan menjejak kesemua suspek.

Menurut Ranbir berdasarkan maklumat risikan Harminder Singh, 45, Daljit Singh dan Harpreet Singh, kedua-duanya berumur dalam lingkungan 20-an kesemua mereka dari negeri Punjab disyaki masih bersembunyi di Malaysia.

Terdahulu dalam majlis itu 18 graduan Ijazah Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) dan 44 graduan Diploma Siswazah Sains Kepolisan yang terdiri daripada anggota dan pegawai polis di seluruh negara menerima sijil masing-masing daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan