KD Tunku Sertai Latihan Kemahiran Laut Tanpa Sebarang Masalah

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kapal selam KD Tunku Abdul Rahman buat julung kalinya diintegrasikan bersama Armada Tentera Laut Di-raja Malaysia (TLDM) dalam Latihan Kemahiran Laut dan Latihan Integrasi Kapal Selam di perairan Laut China Selatan.

TLDM dalam satu kenyataan berkata latihan itu yang dilancarkan pada 29 Julai di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan berakhir hari ini, merupakan latihan yang pertama kali melibatkan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman bersama 10 lagi kapal perang dalam Armada TLDM selain pesawat Super Lynx dan Fennec.

Menurutnya dengan memiliki kapal selam sendiri, TLDM tidak lagi perlu bergantung kepada penglibatan kapal selam tentera laut asing untuk melatih kapal-kapal penangkis kapal selam TLDM dalam taktik dan prosedur peperangan. "Turut serta adalah Pasukan Khas Laut (Paskal), kumpulan penyelam dan pasukan pertahanan udara, dua buah pesawat pejuang Hawk dan pesawat maritim Beechcraft serta Helikopter Nuri dari Tentera Udara Di-raja Malaysia (TUDM). Latihan ini melibatkan lebih 1,000 anggota TLDM dan Tentera Udaran Diraja Malaysia (TUDM)," menurut kenyataan itu.

Latihan kemahiran laut ini lazimnya dilakukan tiga kali dalam setahun oleh setiap Markas Wilayah iaitu Markasa Armada di Lumut (Perak), Markas Wilayah Laut 1 di Tanjung Gelang (Pahang), Markas Wilayah 2 di Kota Kinabalu, dan Markas Wilayah Laut 3 di Langkawi.

Namun ia kini dikurangkan kepada hanya sekali setahun bagi menjimatkan perbelanjaan, dan untuk latihan kali ini, kesemua latihan di peringkat wilayah digabungkan.

KI AZH

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan