Jangan Buat Spekulasi Kematian Bekas Adun Permatang - Musa

Diterbitkan: Jumaat, 6 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mengingatkan mana-mana pihak agar tidak membuat spekulasi berhubung kes kematian bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh bersama bekas pembantu peribadinya, Selasa lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan memaklumkan hasil siasatan kes itu selepas laporan bedah siasat kedua-dua mangsa diperoleh.

"Seperti yang diberitahu sebelum ini, tiada orang ketiga terlibat dalam kes itu. Jadi jangan buat sebarang spekulasi, kami akan maklumkan hasil siasatan selepas mendapat laporan bedah-siasat kedua-dua mangsa," katanya kepada pemberita selepas Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2010.

Beliau berkata polis masih menjalankan siasatan sama ada Abdul Aziz menembak dirinya sendiri setelah melepaskan tembakan ke arah bekas pembantu peribadinya itu.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, Abdul Aziz, 64, dan Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan pada kedua-dua kepala mereka dalam kereta yang dipandu Abdul Aziz yang terbabas di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Sungai Buloh dekat sini.

Polis turut menemui sepucuk pistol Revolver .38 yang dipercayai milik Abdul Aziz dalam kereta itu.

Mengulas mengenai had umur yang ditetapkan terhadap individu yang ingin memiliki lesen senjata api, Musa berkata tiada had umur yang ditetapkan.

"Tiada had umur. Tetapi mereka yang ingin memiliki lesen senjata api perlu mendapatkan surat sokongan dari doktor kerajaan yang menyatakan mereka ini mampu untuk mengendalikan senjata itu...iaitu mesti sihat dari segi mental dan fizikal," katanya.

Sementara itu, Musa mengingatkan semua anggota polis yang beragama Islam supaya menghayati dan memahami setiap ajaran yang terkandung dalam Al-Quran dan menerapkan ajaran berkenaan dalam kehidupan seharian.

"Mereka perlu memahami dan menghayati ajaran yang terkandung dalam Al-Quran agar dapat menjadi warga yang baik dan amanah dalam menjaga keselamatan negara," katanya. Pada majlis itu, seramai 17 Qari dan 14 Qariah memperdengarkan bacaan ayat Al-Quran masing-masing.

Johan untuk Qari disandang oleh C/Insp Mohd Sahran Tarmizi dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen Kedah manakala Wan Sarul Munirah Haris daripada Bahagian Agama dan Kaunseling Ibu Pejabat Kontinjen Melaka, muncul sebagai johan Qariah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan