Zakat Fitrah Pulau Pinang Kekal RM7

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang pada tahun ini ditetapkan RM7 seorang, sama seperti tahun lepas, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Ellias Zakaria.

Beliau berkata kadar itu diputuskan pada mesyuarat MAIPP selepas mengambil kira harga beras di negeri ini.

"MAIPP menjangkakan dapat mengutip sebanyak RM4 juta zakat fitrah pada tahun ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Khamis.

Beliau berkata masyarakat Islam di negeri ini dinasihatkan membayar zakat fitrah kepada amil yang bertauliah. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan