Selangor Diberi Tempoh Hingga Hujung Tahun Selesai Isu Loji Air

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kerajaan negeri Selangor diberi tempoh sehingga akhir tahun ini untuk memberi persetujuan terhadap pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) untuk bekalan di Lembah Klang, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata loji rawatan air di Hulu Langat itu penting disegerakan pembinaannya kerana ia perlu siap serentak dengan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor pada 2014, bagi merawat bekalan air mentah dari Sungai Semantan, Pahang.

"Kerajaan Pusat bimbang jika kerajaan Selangor terus ambil sikap sedemikian (melengahkan persetujuan). Kita harap perkara ini jangan dilambatkan atas apa jua sebab bagi memastikan bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya sentiasa ada," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembinaan Empangan Kobat, dekat sini, Khamis.

Beliau ditanya mengenai kesediaan kerajaan Pahang untuk membina loji rawatan air bagi projek itu jika kerajaan Selangor "tidak berminat".

"Kami menghargai tawaran kerajaan Pahang yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Kita ada beberapa pilihan jika tidak ada respons positif dari kerajaan Selangor," kata Peter China, namun menambah tapak terbaik untuk loji itu ialah di Selangor kerana ia lebih dekat dengan tempat permintaan bekalan.

Adnan pada Isnin berkata jika Selangor tidak berminat, beliau akan mengarahkan pegawai-pegawai negeri mencari tapak alternatif di Pahang berhampiran sempadan dengan Selangor untuk menempatkan loji berkenaan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin menyambut baik tawaran Adnan itu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata loji yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan yang bernilai lebih RM8 bilion tidak perlu buat masa ini kerana Selangor dijangka mempunyai air mencukupi sehingga 2019.

Pahang dan Selangor pada 2007 menandatangani perjanjian konsesi bagi membekal air mentah 10 sen setiap meter padu dan kadar itu akan disemak setiap lima tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan