Pegawai Polis Ditempatkan Di Depot Tahanan Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pengurusan Depot Jabatan Imigresen hari ini memutuskan menempatkan seorang pegawai perhubungan dari Polis Diraja Malaysia di 13 depot tahanan Imigresen di seluruh negara sebagai usaha meningkatkan kawalan keselamatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam yang mempengerusikan mesyuarat itu di sini, berkata ia merupakan langkah penambahbaikan dan berkuat kuasa pada Khamis.

Katanya kehadiran 13 pegawai polis itu merupakan tambahan kepada 210 pegawai Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), 39 pegawai penjara dan 998 pegawai Imigresen yang bertugas di semua depot tahanan di seluruh negara.

"Ini merupakan pendekatan baru, dan kali pertama dilakukan. Kini terdapat empat agensi yang terlibat iaitu Jabatan Penjara, Imigresen, Rela dan polis.

"Kita akui wujud beberapa kelemahan di depoh, pegawai Imigresen bukan dilatih untuk menjaga orang, bila kita sudah mesyuarat, baru kita nampak kita tidak ada kemahiran. Untuk melengkapkan kemahiran, kita sepadukan dengan (semua) jabatan di dalam kementerian," katanya kepada pemberita.

Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong mengumumkan tanggungjawab pengurusan Depot Jabatan Imigresen kini dibahagikan kepada tiga jabatan di dalam KDN iaitu Jabatan Penjara, Imigresen dan Rela, berkuatkuasa semalam.

Katanya Jabatan Penjara akan mengendali hal berkaitan pengurusan keselamatan dan kepenjaraan, Jabatan Imigresen mengendali hal berkaitan dokumentasi dan imigresen dan Jabatan Rela akan mengendali hal berkaitan kawalan keselamatan luar.

Ahad lalu, Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang bolos buat kali kedua apabila 20 pendatang asing tanpa izin warga Afghanistan melarikan diri setelah tidak sampai dua bulan kejadian pertama berlaku.

Mahmood berkata jawatankuasa khas itu juga akan mencadangkan penubuhan Jabatan Depot kepada Menteri Dalam Negeri sebagai antara langkah penambahbaikan lain bagi memantapkan pelbagai aspek termasuk keselamatan di depot.

Mengenai 20 pendatang tanpa izin warga Afghanistan itu, Mahmood berkata kesemua mereka dipercayai masih berada dalam negara kerana kawalan keselamatan di semua pintu masuk negara adalah ketat.

Sementara itu, mengenai kajian semula saman ekor, beliau berkata perkara itu dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Beliau berkata hasil daripada mesyuarat itu yang bertujuan mencari jalan penyelesaian berhubung perkara tersebut juga akan dibentangkan kepada Kabinet dan keputusan mengenai perkara itu dijangka diketuai dalam bulan ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan