Murugiah Diterima Sebagai Ahli MIC Secara Rasmi

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah hari ini secara rasmi menyertai MIC dan menjadi ahli biasa di cawangan Batu Matang di Buki Gantang, Perak.

Bekas Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dipecat itu menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Agung MIC Datuk T. Rajagopalu pada satu majlis di ibu pejabat parti itu di sini, Khamis.

Katanya keputusan untuk menerima Murugiah sebagai ahli parti itu adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional agar MIC dapat terus menarik ahli-ahli baru menyertainya.

Pada majlis itu, Murugiah turut menyerahkan senarai nama 65 orang ahli baru yang akan menganggotai MIC di cawangan Batu Matang.

"Kita sudah terima nama-nama tersebut dan kita akan menelitinya dan akan buat keputusan, dan kalau mereka diterima, baru mesyuarat peringkat bahagian akan diadakan dan sahkan beliau (Murugiah) sebagai ketua cawangan Batu Matang.

"Tetapi semua ini perlu berjalan mengikut prosedur, kita ada prosedur dan undang-undang parti dan semua keputusan akan dibuat selepas mesyuarat itu nanti," katanya.

Ditanya sama ada MIC akan menarik ahli PPP yang menyokong Murugiah, Rajagopalu berkata, semua yang akan meyertai MIC adalah penyokong Murugiah yang telah bersama-samanya meletak jawatan dulu.

"Kami tidak akan menarik ahli PPP, itu bukan cara kami, tapi kalau mereka tiada parti dan sudah keluar parti itu, kami akan terima," katanya.

Sebelum itu di Pulau Pinang, Murugiah memberitahu pemberita bahawa kira-kira 2,000 anggota PPP di Pulau Pinang akan menyertai MIC hari ini dan mereka adalah anggota dari 20 cawangan PPP di negeri itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan