Kerajaan Luluskan Pengambilan 5,000 Anggota Baru SPRM

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PORT DICKSON: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diberi kelulusan oleh kerajaan untuk merekrut sehingga 5,000 anggota baru untuk tempoh lima tahun akan datang bermula tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Shukri Abdull berkata, separuh daripada jumlah rekrut baru itu kelak akan ditugaskan untuk menjalankan tugas-tugas penyiasatan manakala selebihnya akan menjalankan tugas-tugas lain.

“Secara purata, pegawai-pegawai penyiasat biasanya menyiasat antara lima hingga 10 kes setahun dan buat masa ini SPRM menyiasat lebih kurang seribu kes setahun,” katanya.

Kata beliau dengan tambahan kepada jumlah pegawai ini, SPRM akan mampu menyiasat dan menyelesaikan sesuatu kes dengan lebih pantas dan cepat.

Shukri juga berkata, walaupun SPRM sentiasa berada dalam radar kritikan awam tetapi beliau berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pegawainya.

”Semua pegawai saya adalah pegawai yang komited dengan tanggungjawab mereka dan bangga dengan uniform yang mereka pakai. Malah mereka bekerja pada hari cuti dan pelepasan tugas semata-mata untuk menyelesaikan tugasan segera yang diberikan,” katanya selepas menyaksikan majlis perbarisan tamat latihan 165 pegawai baru SPRM yang berlangsung di sini, Rabu.

Turut hadir ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kasim Mohamed.

Menurut Shukri, untuk tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, SPRM telah menerima 7,224 aduan berkaitan rasuah daripada orang-ramai yang melibatkan semua peringkat perkhidmatan - daripada pengurusan tertinggi sehinggalah kepada staf sokongan.

Bagaimanapun katanya, tidak semua kes berjaya diselesaikan kerana SPRM berhadapan dengan pelbagai rintangan termasuklah kekurangan bukti kukuh dan juga ketidaksediaan saksi untuk tampil ke hadapan.

Katanya, separuh daripada mereka yang ditahan untuk enam bulan pertama tahun ini melibatkan mereka yang cuba memberi rasuah.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan