Jabatan Penjara Tingkat Keselamatan Depoh Imigresen

Diterbitkan: Khamis, 5 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Jabatan Penjara akan melaksanakan kajian keselamatan khusus bagi meningkatkan lagi kekuatan anggota dan kepakaran kawalan di depoh-depoh tahanan Imigresen, kata Ketua Pengarah Penjara Datuk Zulkifli Omar.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Galeri Produk Penjara Zon Utara di sini hari ini berkata pegawai-pegawai Jabatan Penjara yang ditempatkan di depoh-depoh itu akan melihat pelbagai keperluan yang menuntut tindakan segera bagi tujuan itu.

Semalam Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong berkata 13 Depoh Jabatan Imigresen akan diuruskan oleh Jabatan Penjara, Imigresen dan Rela bagi memperkemas dan memantapkan pengurusan depot itu.

Menurut kenyataan itu Jabatan Penjara akan menguruskan bahagian keselamatan dan kepenjaraan, manakala bahagian dokumentasi diurus oleh Jabatan Imigresen, dan bahagian kawalan keselamatan luar pula Imigresen serta Rela. Keputusan itu dibuat berikutan kes 20 tahanan warga Afghanistan meloloskan diri dari Depoh Tahanan Imigresen KLIA pada 1 Ogos lepas.

Zulkifli berkata berikutan keputusan itu, Jabatan Penjara menempatkan tiga pegawai iaitu penguasa penjara, timbalan penguasa dan Sub Inspektor atau Sarjan Major di tiga Depoh Tahanan Imigresen iaitu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang; Juru, Pulau Pinang dan Lenggeng, Negeri Sembilan.

Beliau berkata tiga agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri yang terdiri daripada Jabatan Penjara, Imigresen dan Rela, akan bersama membantu untuk memperkemas kawalan di ketiga-tiga depoh itu.

"Kami hanya membantu menyelaras dari segi kawalan dan keselamatan untuk memperkemas kawalan depoh. Kami akan bersama membantu memperkemas pengawasan supaya kejadian-kejadian seperti sebelum ini tidak berulang," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata Galeri Produk Penjara Zon Utara merupakan galeri keempat dibuka selepas Galeri Produk Penjara di Ayer Keroh, Melaka, Kota Kinabalu dan Kajang.

Beliau berkata produk-produk penjara dikumpul di galeri itu bagi memudahkan orang ramai melihat dan membelinya.

"Orang ramai juga boleh membuat tempahan melalui laman web penjara iaitu www.prison.gov.my atau melalui laman web Pos Malaysia kerana kami mendapat kerjasama dengan syarikat itu untuk membuat penghantaran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan