Qari Mesir, Qariah Pakistan Juarai Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-52

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peserta dari Mesir Hani Abdel Aziz Ahmad dan peserta dari Pakistan Samia Khanan dinobatkan malam Selasa sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-52 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Dengan kemenangan itu, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai US$10,000 (RM31,975), piala, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 91.46 peratus sementara johan qariah mendapat 91.08 peratus.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isteri Datin Fatmawati Saidin, bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Menteri Hal Ehwal Ugama Brunei Darussalam Pengiran Datuk Seri Setia Dr Mohammad Pengiran Abdul Rahman.

Sementara itu, qari dari Malaysia Wan Ainuddin Abdullah dan qariah dari Brunei Dayang Nurfaezah Emran muncul naib johan qari dan qariah melayakkan mereka untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$7,000 (RM22,382) bagi setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dan qariah dari Filipina, iaitu Abdul Wadoud K. Esmail dan Monaifah A. Bogabong Alawi melayakkan mereka untuk membawa pulang wang tunai US$4,000 (RM12,790) setiap seorang, cenderamata dan sijil penyertaan.

Peserta-peserta lain menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai US$1,500 (RM4,796) setiap seorang, cenderamata serta sijil penyertaan.

Majlis tilawah yang bertemakan "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah" itu berlangsung selama lapan hari bermula 27 Julai lepas dan disertai 76 peserta dari 47 negara, dengan menyaksikan empat negara pertama kali menghantar peserta tahun ini iaitu Kazakhstan, Surinam, Zambia dan Djibouti.

Sementara itu Hani Abdel Aziz Ahmed ketika ditemui pemberita selepas majlis itu berkata beliau amat terkejut dengan kejayaan yang dicapai tetapi menyifatkannya sebagai anugerah Allah.

"Saya terkejut dengan kemenangan ini...ini semua kelebihan dan mukjizat dari Allah untuk membuat kita semua lebih bertaqwa," katanya dalam bahasa Arab Mesir yang diterjemahkan oleh pegawai dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Manakala Samia pula mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu selepas beberapa kali menyertai pertandingan itu.

Naib johan qari Wan Ainuddin dari Wilayah Persekutuan berkata kemenangan yang diperolehi di tempat kedua itu memberi makna yang besar dalam kehidupannya memandangkan pertama kali menyertainya.

"Saya tidak menyangka memenangi tempat kedua pada malam ini kerana saya demam dan selesema teruk dua hari sebelum membaca Al-Quran pada malam terakhir (semalam).

"Insya-Allah jika diberi peluang akan menyertai pada masa akan datang," kata johan Qari itu pada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan ke-53.

Wan Ainuddin yang juga imam di masjid Masjid Seksyen 14, Petaling Jaya berkata golongan muda perlu berani untuk mendalami isi kandungan Al-Quran yang menjadi pedoman hidup di dunia dan akhirat.

Majlis Tilawah itu diadili oleh 16 Jemaah Hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz manakala timbalannya ialah Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan