Pasukan Logistik Misi Kemanusiaan Ke Gaza Berlepas Awal Pagi Rabu

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pasukan logistik Misi Kemanusiaan ke Gaza anjuran Kelab Putera 1Malaysia akan berlepas ke Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu.

Pasukan lima anggota diketuai Dr.Venkateswara Rao Krisnan itu dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.30 pagi menggunakan penerbangan EgyptAir dan dijangka tiba 6.30 pagi waktu Mesir.

"Pasukan ini akan menyediakan persiapan logistik untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah, Mesir. Kita juga akan membeli keperluan ubat-ubatan yang akan disalurkan kepada penduduk Gaza," kata Dr Rao kepada Bernama di sini Selasa.

Misi kemanusiaan ke Gaza yang mendapat kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), dianjurkan sempena kedatangan Ramadan dan bertujuan menyampaikan bantuan perubatan, makanan dan pakaian raya kepada 1,000 keluarga di wilayah konflik itu.

Seramai 67 sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan PBSM, termasuk 35 doktor pakar pelbagai kaum, akan berlepas ke Gaza dalam tiga kumpulan bermula pagi esok, diikuti pada 5 dan 8 Ogos.

Misi kemanusiaan kira-kira dua minggu bermula dari 8 hingga 20 Ogos ini diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ia antara lain akan menempatkan secara sementara doktor pakar sukarela terbabit di lima hospital di Gaza sepanjang misi itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan