Kelantan Sedia Kaji Undang-Undang Kahwin Muda

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri sedia mengkaji kesesuaian pelaksanaan undang-undang perkahwinan di awal usia seperti yang mahu dilaksanakan oleh Melaka.

Bagaimanapun beliau, yang juga Mursyidul Am Pas berkata pihaknya juga merasa bimbang jika membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal, mereka tidak mampu mengurus rumah tangga dengan baik sehingga boleh menyebabkan berlaku perceraian.

"Kita tidak mahu orang kahwin kerana suka-suka sahaja, ia benda besar. Tetapi bagi saya benda ini di kampung sudah lama berlaku dan tidak banyak pasangan yang bermasalah sepertimana di bandar. Namun kita akan kaji benda ini," katanya ketika ditemui selepas melawat tapak perasmian Jajahan Kecil Lojing, di sini pada Rabu.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam turut menyebut prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu melalui Mahkamah Syariah walaupun mendapat kebenaran ibu bapa.

Nik Abdul Aziz juga meminta kerajaan negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Beliau berkata walaupun Islam tidak melarang umatnya berkahwin awal, malah Nabi Muhammad (S.A.W) menggalakkannya tetapi ia bukan kerana bersifat nafsu semata-mata dan akhirnya boleh berlaku penceraian.

"Kita akui dalam Islam berkahwinan tiada had umur asalkan cukup syaratnya. Tetapi jika berlaku perkahwinan terlalu muda, saya bimbang rumah tangga mereka tidak dapat diurus dengan baik," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan