Indonesia Mahu Wujud Program Pertemuan Masyarakat Sabah Dan Keluarga Di Sulawesi Selatan

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Indonesia mungkin akan mewujudkan program tahunan di Makassar bagi menghimpunkan masyarakat Sabah yang mempunyai tali kekeluargaan dengan masyarakat Sulawesi Selatan.

Timbalan Pengarah Promosi bagi Wilayah Amerika dan Pasifik Maria Mayabubun berkata persamaan dari segi budaya yang wujud antara masyarakat Sabah, terutama di kawasan Pantai Timur negeri itu dengan masyarakat Sulawesi Selatan bukan sahaja dapat membantu perkembangan industri pelancongan Indonesia, bahkan merapatkan hubungan kekeluargaan yang mungkin telah lama putus.

"Ini satu idea yang baik. Sememangnya hubungan ini perlu diperkukuhkan, sekaligus merancakkan pelancongan Indonesia.

"Mungkin dengan memasukkan program baru ini dalam kalender pelancongan Indonesia, lebih ramai pelancong dari Sabah akan mengunjungi Makassar dan daerah-daerah lain yang berdekatan," katanya kepada sekumpulan pemberita dari Sabah di sini.

Beliau berkata pihaknya akan mengusulkan cadangan itu di pihak kementerian yang mungkin akan melibatkan syarikat swasta seperti pengusaha pelancongan dan syarikat penerbangan di Indonesia untuk melihat peluang perniagaan dengan adanya program itu.

Menurutnya terdapat penerbangan terus antara Kuala Lumpur dan Makassar, tetapi beliau melihat Makassar dan kawasan sekitarnya berpotensi untuk lebih berkembang dengan kedatangan pelancong dari Sabah yang lebih dekat dengan daerah Indonesia itu.

Maria juga meminta bantuan Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Kota Kinabalu supaya membekalkan statistik rakyat Malaysia di Sabah yang mengunjungi Sulawesi Selatan bagi menyokong cadangan program itu kepada Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan negara berkenaan.

Terdahulu, Naib Konsul di Konsulat Indonesia cawangan Tawau Asraruddin Salam berkata terdapat ramai rakyat Malaysia di Pantai Timur Sabah mempunyai hubungan kekeluargaan di Sulawesi Selatan, tetapi menghadapi kesukaran untuk berulang-alik ke daerah Indonesia itu.

Menurutnya rakyat Malaysia berkenaan terpaksa melalui Kuala Lumpur sebelum ke Makassar yang melibatkan kos tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan