Cadangan Gaji Minimum Dibawa Ke Kabinet Oktober Ini - Subramaniam

Diterbitkan: Rabu, 4 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia akan membawa semua cadangan berkaitan penetapan gaji minimum kepada jemaah menteri akhir bulan Oktober.

"Kabinet akan memberitahu kita apa yang perlu dilakukan dan kita kemudiannya akan melihat apa mekanisme perundangan yang boleh dilakukan sama ada kita akan melakukannya secara rigid atau fleksibel," kata menterinya, Datuk Dr S. Subramaniam.

"Pendirian kita, kita mahu menaikkan gaji dan kita perlu perbincangan lebih terperinci dengan pihak berkaitan, yang lebih mikro daripada apa yang kita ada hari ini," katanya ketika membuat rumusan di Bengkel Gaji Minimum Kebangsaan pada Rabu.

Terdapat enam institusi yang membentangkan kertas kerja di bengkel sehari itu termasuk pihak kementerian, Perbadanan Produktiviti Malaysia, Institut SEDAR, Persekutuan Pengeluar Malaysia (FMM), Persekutuan Majikan Malaysia dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"Kita kemudiannya akan mempunyai asas yang kukuh yang boleh kita bangunkan model untuk melaksanakan langah seterusnya," katanya.

Beliau berkata terdapat kewajaran bagi penetapan gaji minimum berasaskan Laporan Bank Dunia yang menyatakan kadar bayaran di sektor swasta tidak banyak berubah, naik sekitar 2.6 peratus berbanding kos hidup yang naik lebih dari 15 peratus sepanjang 15 tahun yang lalu.

Namun katanya kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat keputusan kerana ia bakal mempunyai kesan implikasi yang besar kepada negara secara keseluruhannya.

"Bila kita buat (keputusan) kita tidak boleh tarik balik. Kita mahu keputusan yang paling tepat dan betul dan tidak menjejaskan negara dengan isu-isu lain yang bakal timbul," katanya.

Dr Subramaniam berkata pihak kerajaan perlu memastikan keupayaan negara tidak terjejas dari segi daya saing, keupayaan menarik pelabur dan peluang pekerjaan khasnya kepada pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dan pendidikan yang rendah.

Semasa sesi pembentangan, FMM telah menetapkan gaji minimum pada tahap RM700, MTUC RM900 dan tiada penetapan dipihak kementerian.

"Kita akan lakukannya (menetap gaji minimum) selepas kita membuat kajian menyeluruh yang melibatkan industri, agihan gaji, kos sara hidup dan apa yang paling sesuai," katanaya.

Dr Subramaniam berkata cadangan juga akan diambil secara menyeluruh termasuk mengambil kira gaji pekerja yang bekerja di Sabah dan Sarawak yang ternyata lebih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan