Wabak Kencing Tikus Di Lubuk Yu Sudah Berakhir

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Wabak melioidosis (bakteria disebabkan air dan tanah) dan leptospirosis (air kencing tikus) yang dikesan di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran diisytiharkan berakhir selepas tidak ada lagi kes baru dilaporkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang Datuk Hoh Khai Mun berkata sehingga Rabu lepas tiada kes baru dilaporkan pada kalangan mereka yang terdedah.

"Maka wabak itu adalah dengan ini diisytiharkan tamat. Ini berdasarkan tempoh inkubasi terpanjang yang mana kemungkinan untuk mendapat jangkitan adalah 28 hari selepas pendedahan kepada bakteria tersebut," katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, pusat perkelahan itu masih lagi ditutup untuk siasatan lanjut serta penilaian dan pemantauan semula selepas aktiviti pembersihan kawasan yang dijalankan pada 22 Julai lepas.

Beliau berkata siasatan dan penilaian tahap risiko sedang dilakukan jawatankuasa kecil teknikal yang akan memberi laporan penemuan dan cadangan kepada jawatankuasa kecil bencana wabak berkenaan.

"Sehingga pagi tadi kes yang disyaki terlibat adalah sebanyak 22 kes yang mana tujuh daripada kes itu telah meninggal dunia manakala dua kes lagi sedang dirawat di hospital," katanya.

Beliau berkata kes yang masih dirawat ialah satu di Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh dan satu lagi di Hospital Selayang, Kuala Lumpur.

Katanya daripada 22 kes itu, enam telah disahkan sebagai melioidosis, empat kes disahkan mempunyai jangkitan bersama melioidosis dan leptospirosis, 11 disahkan negatif manakala satu kes lagi tidak diambil sampel iaitu kes yang mati di rumah.

Pada 10 Julai lepas, kawasan perkelahan Lubuk Yu diarahkan ditutup serta- merta selepas enam orang meninggal dunia disyaki akibat jangkitan melioidosis dan leptospirosis.

Susulan itu 83 lagi menghidap simptom yang sama. Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat seorang pemuda yang lemas di taman rekreasi berkenaan pada 26 hingga 30 Jun lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan