UUM Anugerah Ijazah Kehormat Kepada Presiden Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepemimpinan Keamanan) kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono.

Naib Canselornya Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pemilihan Susilo berdasarkan sumbangannya dalam usaha mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang dapat dimanfaatkan negara ini khususnya dalam bidang pengajian tinggi.

Upacara penganugerahan akan disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan dijangka berlangsung sama ada pada majlis konvokesyen ke-23 UUM pada 23 Okt ini, atau dalam satu istiadat Konvokesyen Khas UUM pada 16 Februari depan, katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata UUM menerima impak positif daripada perhubungan dua hala antara Malaysia Indonesia.

"UUM yang terletak dalam lingkungan Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) telah mendapat manfaat besar, khususnya melalui program yang dianjurkan sama ada melalui Sekretariat IMT-GT atau IMT-GT University Network seperti program pertukaran pelajar, kebudayaan dan sukan," katanya.

Mustafa berkata buat masa ini seramai 690 pelajar Indonesia sedang mengikuti pengajian di universiti itu dan daripada jumlah tersebut 293 adalah pelajar pascasiswazah, manakala baki 397 pelajar ijazah pertama.

Seramai 519 telah menamatkan pengajian, katanya.

Beliau juga menyifatkan Susilo sebagai arkitek pemulihan kepada keamanan di Indonesia dan membantu memperkukuhkan keamanan di rantau ini yang secara tidak langsung memberi impak besar daripada segi kestabilan ekonomi dan politik.

Katanya penganugerahan itu akan membantu mempromosikan Malaysia, khususnya UUM serta menarik lebih ramai pelajar Indonesia untuk meneruskan pengajian tinggi di negara ini sekali gus memberi kesan yang positif dalam imbangan pembayaran negara. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan