Tun Dr M Sedia Beri Keterangan Jika Diminta Dalam Kes PKFZ

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sanggup memberi keterangan di mahkamah sekiranya dipanggil berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Jika seorang itu dikhendaki memberi keterangan di mahkamah, dia perlu berbuat demikian. Dia tidak boleh kata 'Saya tidak mahu'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Yayasan Universiti Teknologi Petronas (Yayasan UTP) di pejabat Petronas, di sini, hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu ditanya jika dia akan memberi keterangan dalam kes PKFZ yang mendapat perhatian meluas khususnya selepas bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa minggu lepas.

Pada Khamis lalu, Dr Ling, bekas presiden MCA itu, didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion bagi projek PKFZ, hampir lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menegaskan bahawa 'seorang perdana menteri tidak boleh dipertanggungjawabkan atas perkara yang dia tidak tahu.'

Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003 berkata, terdapat banyak perkara yang berlaku tanpa pengetahuan perdana menteri dan Kabinet.

"Memang, perdana menteri sentiasa bertanggungjawab tetapi ada batasan kepada tanggungjawab itu. Apabila dia (perdana menteri) tidak mengetahui sesuatu, anda tidak boleh kata dia bertanggungjawab," katanya.

Terdahulu itu, Dr Mahathir, yang juga Canselor UTP, menyampaikan biasiswa kepada kumpulan pertama tujuh pelajar Yayasan UTP yang kini mengikuti program asas kejuruteraan di UTP. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan