“Teng Chang Khim Boleh Pakai Banyak Topi Tapi Mengadaplah Jwtkuasa Disiplin Sebagai Ahli Parti” - Tan Kok Wai - Berita Semasa | mStar

“Teng Chang Khim Boleh Pakai Banyak Topi Tapi Mengadaplah Jwtkuasa Disiplin Sebagai Ahli Parti” - Tan Kok Wai

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai dalam reaksi balasnya kepada kenyataan Teng Chang Khim petang Isnin menegaskan, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu harus sedar, beliau bertanggungjawab untuk mengadap jawatankuasa disiplin atas kapasitinya sebagai ahli parti.

“Dia harus sedar yang dia bukan sahaja ahli DAP tetapi juga ahli jawatankuasa eksekutif pusat parti dan juga wakil rakyat parti bagi dewan undangan negeri (Sg Pinang). Oleh itu, beliau bertanggungjawab ke atas urusan parti bila dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin,” kata Tan.

Pada masa yang sama, Tan menegaskan, kedudukan Teng sebagai pengerusi Selcat hanyalah salah satu daripada pelbagai topi atau baju yang harus Teng pakai atas kapasitinya mewakili parti.

Tan yang juga ahli parlimen Cheras menegaskan, isu jawatan dan juga gelaran bukanlah satu isu untuk seseorang itu dipanggil mengadap jawatankuasa disiplin yang diwujudkan untuk mendengar isu dan juga permasalahan dalam parti. “Sebagai contoh, saya adalah pengerusi jawatankuasa disiplin parti tapi pada masa yang sama saya juga memakai topi sebagai ketua jawatankuasa pemilihan parti dan saya juga ahli parlimen Cheras,’’ kata Tan lagi.

Beliau juga memberi contoh, sekiranya seseorang itu menyaksikan satu kejadian jenayah, saksi itu bertanggungjawab untuk tampil ke hadapan dan membantu polis dengan membuat aduan atau repot dan bukannya menunggu sehingga polis menawarkan hadiah wang tunai barulah hendak tampil.

Tan berkata demikian sebagai kenyataan balas di atas kenyataan yang dibuat oleh Teng awal Isnin yang mengatakan beliau tidak akan datang mengadap jawatankuasa disiplin parti jika beliau dipanggil mengadap selaku speaker Dewan Undangan Negeri Selangor atau pengerusi Selcat.

Malah Teng memberitahu para pemberita bahawa beliau rela dipecat berkaitan kenyataan ringkasnya melalui twitter semalam yang menyebut “Oh Tuhan! Pesalah sebenarnya terlepas”.

Kenyataan kontroversinya itu dibuat ekoran pemecatan ahli Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock oleh jawatankuasa disiplin DAP Sabtu lalu atas dakwaan menyalahgunakan kepala surat Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu untuk meraihkan keuntungan daripada kontrak-kontrak yang disokongnya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan