Sidang DUN Perak Berjalan Lancar

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar pada Selasa walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.

Polis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi.

Persidangan bermula pada 10 pagi.

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan semua Adun dari Barisan Nasional (BN), DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan Bebas mula tiba pada pukul 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Speaker Datuk R. Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula.

Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh akibat gelagat anggota pembangkang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan