Muhyiddin Terima Kunjungan Hormat Menteri Pertahanan Afghanistan

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan Nasional Afghanistan Jeneral Abdul Rahim Wardak di pejabatnya di sini hari ini.

Delegasi menteri berkenaan termasuk Duta Afghanistan ke Malaysia Abdul Samad, Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan kementerian berkenaan Mejar Jeneral Dr Ahmad Zia Yaftallee, Ketua Pengarah Pengurusan Pelantikan kementerian Mejar Jeneral Habibullah Shatori, Pembantu Kanan kepada Menteri Brigadier Jeneral Shah Mahmood Rauf Wardak dan anggota Jabatan Politik Pertama Kementerian Hal Ehwal Luar Ahmad Jawid Azadsody.

Dalam pertemuan itu, Malaysia mengulangi komitmen untuk meningkatkan hubungan dan persahabatan yang akrab dengan Afghanistan.

Malaysia juga ingin melihat lebih ramai penduduk dan kerajaan Afghanistan mengatasi masalah yang dihadapi mereka sekarang, dan berharap usaha-usaha pembangunan semula dan pembinaan sahsiah yang dilaksanakan oleh komuniti antarabangsa, akan membawa keamanan serta kestabilan ke Afghanistan.

Kerajaan Afghanistan turut mempelawa Malaysia mengambil bahagian dalam proses pembangunan semula dan pembinaan sahsiah di Afghanistan.

Abdul Rahim sedang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke negara ini atas jemputan Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan