Mesyuarat MAYC Sabtu Lalu Sah

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemilihan Akhramsyah Sanusi sebagai Presiden Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) pada mesyuaratnya 31 Julai lepas adalah sah dan mematuhi peraturan serta perlembagaan persatuan, kata Timbalan Presiden MAYC Karim Mohamad.

Katanya selain perlembagaan MAYC dan rujukan kepada pakar undang-undang, persatuan itu mempunyai dokumen bagi membuktikan kesahihan mesyuarat agung yang diadakan itu dan sebarang kenyataan mempertikaikannya adalah bersifat negatif.

"Bagi saya pihak yang mengeluarkan kenyataan itu mempunyai muslihat tersurat serta tidak bertujuan baik demi masa depan MAYC. Malah isu-isu yang sengaja dibangkitkan itu juga adalah remeh dan mengelirukan," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Akhbar semalam memetik bekas setiausaha agung MAYC Haryati Hamzah sebagai mempertikaikan kesahihan mesyuarat agung itu dengan mendakwa pemilihan sebulat suara kepimpinan baru itu tidak diiktiraf oleh beberapa pihak dalam persatuan itu.

Karim, yang juga Pengerusi MAYC Terengganu, berkata persatuan itu mengadakan mesyuarat berkenaan kerana ingin menyelamatkan MAYC yang pendaftarannya boleh dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan keranatidak mengadakan mesyuarat agung selama lima tahun.

Beliau berkata bahawa membuat kenyataan melalui media tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah malah akan mengeruhkan lagi keadaan.

Karim berkata tidak ada orang yang boleh mempertikaikan kesahihan mesyaurat itu selain Pendaftar Pertubuhan dan mereka (Pendaftar Pertubuhan) mengesahkan mesyuarat itu.

Katanya kenyataan yang mempertikaikan mesyuarat agung MAYC itu dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk menutup pelbagai masalah dan kelemahan yang dihadapi MAYC sebelum ini.

Karim berkata jawatankuasa baru MAYC mempunyai wakil daripada semua negeri kecuali Pahang. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan