Kerajaan Wajar Tubuhkan Biro Aduan Pembantu Rumah - Maznah

Diterbitkan: Selasa, 3 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan hari ini berkata adalah wajar sebuah biro aduan mengenai pembantu rumah ditubuhkan bagi membolehkan majikan membuat aduan berhubung masalah pembantu rumah.

Maznah berkata langkah itu dapat mengelakkan majikan daripada mengalami pengalaman pahit dengan pembantu rumah mereka.

"Bukan sahaja kita mengambil berat tentang nasib dan kebajikan pembantu rumah asing, tetapi kita juga mengambil berat tentang pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui oleh majikan-majikan di negara ini," katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Firdaus Abdullah yang ingin tahu status rundingan dengan Indonesia mengenai kemasukan pembantu rumah warga itu ke negara ini.

Katanya pada masa ini kepekaan kedua-dua pihak iaitu majikan dan pembantu rumah juga sudah semakin meningkat terutama mengenai tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata kementeriannya juga menerusi Jabatan Tenaga Kerja telah melaksanakan inisiatif dengan mengadakan perjumpaan dengan pembantu rumah dan majikan bagi memberi kesedaran tentang tanggungjawab kedua-dua pihak.

"Setakat ini telah diadakan perjumpaan dengan 2,183 orang pembantu rumah dan program ini akan diteruskan," katanya. Sementara itu, Maznah berkata kementeriannya dan Kementerian Dalam Negeri akan menetapkan tarikh mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama dalam masa terdekat bagi membincangkan dan menyelesaikan isu-isu tertunggak bagi membolehkan penghantaran pembantu rumah dari Indonesia disambung semula.

Indonesia membekukan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada Jun 2009. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan